Program Geoscience Community for Geological Disaster Risk Reduction melawat tapak insiden aliran puing yang dihadiri wakil-wakil organisasi BOG, IGM, GSM dan MyGeo. Terima kasih tak terhingga kepada Pengarah JMG (Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia) Kedah Perlis Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman atas penjelasan dan layanan yang terbaik sepanjang program ini berlangsung. Kerjasama yang erat antara pihak JMG dan BOG/IGM/GSM/MyGeo jelas amat penting di masa-masa mendatang bagi mengurangkan risiko bencana terutama di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti berisiko tinggi.