Rabu, 10/02/2021 - Kunjungan hormat oleh Persatuan Perunding dan Perkhidmatan Geosains Malaysia (Malaysian Geoscience Consultants and Services Association, MyGeo) bertemu Pengarah JKR Malaysia Cawangan Kejuruteraan Geoteknik di Menara PJD Kuala Lumpur, Tuan Suhaimi Jamaludin yang juga ditemani oleh Ahli Geologi dari JMG, En Fadzli Deraman.
MyGeo diwakili oleh Dato' Amran (Presiden), Faruq Syahmi (Setiausaha) dan Abd Rasid Jaapar (Timbalan Presiden).
Perbincangan ini merangkumi kerjasama yang boleh dijalankan serta isu-isu kredibiliti penyiasatan tapak geofizik dan ujian-ujian yg lain. Tidak lupa juga pemantapan bidang geoteknik dan geologi kejuruteraan melalui amalan terbaik yg lebih sistematik berdasarkan fakta dan bukti-bukti sains serta meningkatkan kesedaran untuk menambah pengetahuan.
Perlu lebih banyak perbincangan yang melibatkan jurutera geoteknik dan ahli geologi kejuruteraan, dua profession yg agak berbeza latar belakang tapi mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk kesejahteraan sejagat dan keselamatan manusia! Kerjasama perlu ditingkatkan berdasarkan persamaan dan kurangkan penekanan atas perbezaan.
MyGeo sentiasa akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk kebaikan.